Rabu, 9 Mac 2016

Watson Nyambek : The Flying Dayak

Biodata Ringkas : Watson Nyambek

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah beliau. Disini adalah sejarah ringkas pemegang rekod pecut negara. Beliau telah memecahkan rekod 10.38 saat yang dipegang oleh Dato. Dr. M. Jegathesan yang dilakar pada tahun 1966. Pada tahun 1995, beliau memecahkan  rekod 29 tahun itu.

Pada zaman kegemilangannya, pesaing beliau adalah Azmi Ibrahim iaitu seorang lagi pelari pecut negara yang setanding dengannya. Sukan Malaysia 1996 acara final 100 meter merupakan kemuncak pertemuan dua pelari ini apabila beliau telah ditemukan dengan Azmi Ibrahim dan perlumbaan ini telah dianggap sebagai satu perlumbaan yang amat bersejarah dalam negara dan tidak akan dilupakan kerana disitulah ditentukan siapa pelari terpantas Malaysia. Stadium pada masa itu dipenuhi dengan penonton dan syarikat-syarikat akhbar yang berpendapat pertandingan itu setanding dengan perlumbaan Olimpik.

Ternyata Watson Nyambek bukan tandingam Azmi apabila beliau mengalahkan Azmi dengan rekod baru 10.33 saat. Sejak pada itu, beliau terus menerus mencipta rekod baru dan rekod terbaik beliau adalah 10.30 saat yang dicipta pada tahun 1998. Sehingga ke hari ini rekod ini masih lagi tidak dapat dipecahkan oleh mana-mana pelari negara. Beliau diberi jolokan The Flying Dayak.

Watson Nyambek

Nama Penuh: Watson Nyambek


Tarikh Lahir : 27 February 1976
Tempat Lahir : Miri , Sarawak
Keturunan : Iban
Ketinggian : 170cm
Pencapaian  Olimpik : Atlanta 1996 (10.55s) danSydney 2000 (10.61s).
Masa Terpantas : 10.30 ( Rekod Kebangsaan ), 1998


Watson Nyambek
 Beliau adalah seorang pelari pecut yang disegani pada era 90an. Beliau merupakan pelari pecut negara yang terakhir mewakili negara dalam sukan Olimpik. Pada tahun 1999, beliau telah mencatat satu lagi sejarah apabila menjadi satu-satunya pelari pecut negara untuk masuk ke semifinal World Indoor Championships.




Watson Nyambek bersama Azmi Ibrahim

Kali terakhir beliau mengambil bahagian dalam pertandingan adalah pada tahun 2003. Sekarang beliau bekerja sebagai seorang pelatih atlet di Miri , Sarawak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger