Khamis, 24 Mac 2016
Johan Cruyff : Legenda Bola Sepak Belanda
Mungkin ramai yang yang tidak mengenali siapa beliau. Beliau adalah salah seorang legenda bola sepak dari Eropah. Merupakan pemain pertama memenangi Ballon D'Or Award ( anugerah pemain terbaik dunia ) sebanyak 3 kali. Beliau menjaringklan gol sebanyak 33 gol dalam 48 kemunculannya dalam perlawanan antarabangsa. Mengapa dia penting ? Dialah salah seorang pemain yang mencorak bola sepak moden di eropah.
Nama Penuh: Johan Cruyff
Tarikh Lahir : 25 April 1947
Tarikh Kematian: 24 March 2016
Tempat Lahir : Amsterdam , Belanda
Nama Jolokan : El Flaco , The Flying Dutchman
Pencapaian terbaik :Memenagi Ballon D'Or Award sebanyak 3 kali
Pemain Belanda pertama memenangi Ballon D'Or Award 1971 ( European Player Of The Year )
Pemain terbaik perlawanan Piala Dunia 1974
Juara 6 kali Dutch Championships ( AFC Ajax )
Juara 3 kali European Cups ( AFC Ajax )
Juara 2 kali Uefa Super Cups ( AFC Ajax )
Kelab yang pernah disertai : AFC Ajax , FC Barcelona
Kerjaya sebagai pengurus: AFC Ajax 1985, FC Barcelona 1988
Rabu, 9 Mac 2016
Watson Nyambek : The Flying Dayak
Biodata Ringkas : Watson Nyambek
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah beliau. Disini adalah sejarah ringkas pemegang rekod pecut negara. Beliau telah memecahkan rekod 10.38 saat yang dipegang oleh Dato. Dr. M. Jegathesan yang dilakar pada tahun 1966. Pada tahun 1995, beliau memecahkan rekod 29 tahun itu.Pada zaman kegemilangannya, pesaing beliau adalah Azmi Ibrahim iaitu seorang lagi pelari pecut negara yang setanding dengannya. Sukan Malaysia 1996 acara final 100 meter merupakan kemuncak pertemuan dua pelari ini apabila beliau telah ditemukan dengan Azmi Ibrahim dan perlumbaan ini telah dianggap sebagai satu perlumbaan yang amat bersejarah dalam negara dan tidak akan dilupakan kerana disitulah ditentukan siapa pelari terpantas Malaysia. Stadium pada masa itu dipenuhi dengan penonton dan syarikat-syarikat akhbar yang berpendapat pertandingan itu setanding dengan perlumbaan Olimpik.
Ternyata Watson Nyambek bukan tandingam Azmi apabila beliau mengalahkan Azmi dengan rekod baru 10.33 saat. Sejak pada itu, beliau terus menerus mencipta rekod baru dan rekod terbaik beliau adalah 10.30 saat yang dicipta pada tahun 1998. Sehingga ke hari ini rekod ini masih lagi tidak dapat dipecahkan oleh mana-mana pelari negara. Beliau diberi jolokan The Flying Dayak.
![]() |
Watson Nyambek |
Nama Penuh: Watson Nyambek
Tarikh Lahir : 27 February 1976
Tempat Lahir : Miri , Sarawak
Keturunan : Iban
Ketinggian : 170cm
Pencapaian Olimpik : Atlanta 1996 (10.55s) danSydney 2000 (10.61s).
Masa Terpantas : 10.30 ( Rekod Kebangsaan ), 1998
![]() |
Watson Nyambek |
![]() |
Watson Nyambek bersama Azmi Ibrahim |
Kali terakhir beliau mengambil bahagian dalam pertandingan adalah pada tahun 2003. Sekarang beliau bekerja sebagai seorang pelatih atlet di Miri , Sarawak.
Selasa, 8 Mac 2016
Diego Maradonna : Legenda Bolasepak Argentina
Biodata Ringkas : Diego Maradonna
![]() | ||||
Diego Maradonna dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang abad. Dia adalah seorang pemain yang sangat berkebolehan dan amat sukar untuk ditandingi. Jaringan golnya dalam piala dunia 1986 semasa menentang England adalah antara gol yang paling ikonik dan dikenali sebagai Hand of God. Kerjayanya mengalami kegagalan apabila dia terjebak dengan dadah jenis kokain.
Nama Penuh : Diego Armando Maradonna
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1960
Tempat Lahir : Lanus, Argentina
No Jersi : 10
Ketinggian :165cm
Pencapaian terbaik : Piala Dunia 1986 , Tempat kedua Piala Dunia 1990
Panggilan : The golden boy
Kelebihan: Sangat lincah mendrebil bola dan sangat pantas
Isnin, 7 Mac 2016
Mokhtar Dahari : Legenda Bolasepak Malaysia
Biodata ringkas : Mokhtar Dahari

Nama penuh : Mohamad Mokhtar bin Dahari
Tarikh Lahir : 13 November 1953
Tempat lahir : Setapak, Kuala Lumpur
Kaps : 167
Gol Piala Malaysia: 177
Gol Antarabangsa : 125
No jersi : 10
Tarikh kematian : 11 Julai 1991 ( umur 37 )
Langgan:
Catatan (Atom)